KUALA LUMPUR – Seorang penumpang lelaki Transit Aliran Ringan (LRT) maut selepas dikatakan terjatuh ke landasan LRT Puchong pagi tadi.
Menurut Twitter @MyRapidKL, kejadian itu menyebabkan tren bergerak perlahan dari IOI ke Pusat Bandar Puchong pada kedua-dua arah.
Bagaimanapun, tren kembali beroperasi seperti biasa sebaik landasan selamat digunakan. – K! ONLINE










