KUCHING – Jenayah dadah tiada sempadan dan tidak juga mengenal darjat. Terbaharu polis menahan seorang pensyarah sebuah universiti swasta cawangan Kuching selepas lelaki itu disyaki menjadi pembekal dadah kepada pelajar sendiri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJN), Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, pensyarah berusia 36 tahun yang berasal dari Sarawak itu ditangkap pada pukul 5.45 petang Isnin lalu ketika menuntut bekalan dadah di kaunter Pos Laju Jalan Song di…










