CADANGAN untuk merombak dan melaksanakan pembaharuan yang komprehensif terhadap persatuan belia wajar disambut baik oleh semua pihak khususnya golongan belia. Dalam konteks ini, isu gelaran ‘macai politik’ yang dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu dipolemikkan sebaliknya wajar dijadikan iktibar dan membuka mata semua pihak terutamanya komuniti persatuan belia itu sendiri. Tambahan pula Syed Saddiq dengan segera menjelaskan kepada siapa gelaran itu ditujukannya. Jadi…










