KEUTAMAAN dalam memelihara dan mendidik anak-anak sebenarnya adalah satu tuntutan dalam Islam. Ia berkaitan secara langsung dengan tujuan memelihara kemaslahatan nyawa dan kehidupan insan serta kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia juga akhirnya akan mengangkat darjat dan kedudukan serta kemuliaan manusia kerana keupayaan mereka dalam mengekalkan kewujudan mereka secara sebaiknya. Berhubung dengan perkara ini, Islam itu pada asasnya telah memberi gambaran kepada seluruh alam semesta dan seluruh umat manusia bahawa manusia…










