Peniaga halang tugas anggota KPDNHEP boleh didakwa - Utusan Malaysia

Peniaga halang tugas anggota KPDNHEP boleh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Golongan peniaga dinasihati supaya memberi kerjasama penuh kepada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sewaktu premis mereka diperiksa atau berhadapan dengan pendakwaan jenayah.

Exco Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, baru-baru ini dua peniaga kedai runcit masing-masing di Pantai dan Senawang dekat sini disiasat oleh polis di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas anggota KPDNHEP.

“Kita minta peniaga jangan halang petugas KPDNHEP. Keadaan akan menjadi lebih teruk buat mereka. Dalam dua kes itu peniaga melakukan provokasi dan menghalang anggota penguat kuasa yang mahu menyita barangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertama, peniaga terbabit berhadapan dengan kes kepenggunaan dan kedua mereka akan berhadapan pula dengan kes jenayah,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga barang di Jaya Grocer Mesamall di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.

Sementara itu, Veerapan berkata, KPDNHEP Negeri Sembilan merekodkan 90 kes dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan kompaun bernilai RM31,900 dikeluarkan sejak Januari lalu.

Menurut beliau, KPDNHEP Negeri Sembilan turut merekodkan 109 kes dibawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 dan kompaun bernilai RM21,000 telah dikeluarkan serta barangan bernilai RM1,000 disita.

“Saya ingin menasihatkan para peniaga agar memberi kerjasama kepada mana-mana pegawai penguat kuasa dan mematuhi undang-undang yang dikuat kuasakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×