Penguasaan Sky tidak bagus buat sukan berbasikal - Utusan Malaysia

Penguasaan Sky tidak bagus buat sukan berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 31 Julai – Penguasaan pasukan basikal profesional Pro Tour iaitu Sky yang menjuarai Tour de France buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun dianggap tidak bagus untuk perlumbaan jelajah basikal paling berprestij di dunia itu.

Sukan berbasikal kini kian terdesak kerana ketandusan persaingan sihat selain menjadikan ia hilang seri kerana sudah boleh menjangkakan lebih awal pasukan mana yang akan menjadi pemenangnya.

Hanya pada 2014 menyaksikan Vincenzo Nibali dan pasukannya, Astana berjaya menyekat penguasaan Sky.

Selebihnya, ia di­dominasi Sky menerusi tiga pelumba berbeza iaitu Bradley Wiggins, Chris Froome dan terbaharu, Geraint Thomas yang muncul juara ke­seluruhan berpasukan serta individu.

“Kita tidak boleh menyalahkan mereka (Sky) kerana memenangi­nya. Mereka adalah versi Real Madrid dalam bola sepak.

“Mereka seperti mesin pengayuh yang memenangi kejuaraan diketuai tiga tonggak yang berbeza,” kata pengarah perlumbaan, Christian Prudhomme.

“Mereka memiliki watak yang terbaik dalam setiap posisi,” kata pula pelumba AG2R dari Perancis, Romain Bardet pula.

Pelumba termuda Sky dalam Tour de France, Egan Bernal sudahpun memiliki beberapa pencapaian besar, biarpun usianya baru mencecah 21 tahun.

Pelumba kelahiran Colombia itu memenangi beberapa peringkat dalam Tour of California 2018, selain Kejohanan Ujian Masa Kebangsaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN