KANGAR 14 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris adalah mustahak kerana ia merupakan bahasa ilmu. Orang Barat, titah baginda, menitikberatkan ‘budaya dokumentasi’ oleh itu, pelbagai ilmu dapat didalami dan diterokai mengenai dunia sekiranya bahasa Inggeris dikuasai. “Malah jika seseorang itu petah berbahasa Inggeris, pasti banyak perkongsian ilmu dapat dijalankan tidak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun,” demikian titah baginda selepas berkenan…










