KOTA BHARU – Tawaran harga 20 peratus lebih murah di pasar tani seluruh negara dianggarkan mampu mencatat penjimatan perbelanjaan kepada pengguna sebanyak RM762 juta setahun. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin berkata, jumlah itu merangkumi urus niaga di 733 lokasi pasar tani seluruh negara dengan anggaran 1,000 pengunjung bagi setiap lokasi. “Tawaran harga lebih murah di pasar tani berbanding pasar awam lain mampu membantu mengurangkan kos sara…