IPOH – Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pengendali makanan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping berhubung kes keracunan yang berlaku di sekolah berkenaan baru-baru ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, tindakan itu susulan pengendali berkenaan tidak mengikut prosedur ditetapkan seperti penjagaan dan kualiti kebersihan makanan, mengambil suntikan vaksin selain tidak memiliki sijil kursus pengendalian makanan. “Disebabkan kes keracunan ini sudah berulang kali berlaku, kita akan mengambil tindakan…