BUTTERWORTH – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang bayi asuhannya, minggu lepas. Mas Haimi Mohd Zaini,33, didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang di sini pada 9.30 pagi, 20 Ogos lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara…










