Pengasuh disyaki dera bayi tiga bulan - Utusan Malaysia

Pengasuh disyaki dera bayi tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT 10 Ogos – Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mendera seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di Seri Iskandar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan setelah bapa bayi terbabit membuat laporan polis pada pukul 11.04 malam.

Katanya, laporan tersebut dibuat bapa mangsa apabila mendapati terdapat kesan patah pada lengan anaknya.

“Pemeriksaan hospital menemukan terdapat kesan dipulas sehingga menyebabkan tangan mangsa patah.

“Ekoran itu, pihak polis telah menahan pengasuh tersebut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN