KOTA KINABALU – Penerbangan sulung AirAsia Thailand menggunakan pesawat Airbus 320 dari Bangkok, Thailand ke Kota Kinabalu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada pukul 1.35 petang tadi. Syarikat penerbangan tambang murah itu mengambil masa tiga jam dan dijadualkan terbang tiga kali seminggu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu antara KKIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok. Harga tambang yang ditawarkan AirAsia adalah…










