SAUDARA PENGARANG, SEJAK sekian lama, kegiatan penarik kereta didapati banyak melanggar peraturan dan ketetapan undang-undang tetapi jarang sekali pihak berkuasa terutama polis mengambil tindakan terhadap golongan ini. Mungkin orang ramai atau pemilik kenderaan tidak menyedari perkara ini dan menganggap ia sebagai perkara kecil atas alasan ia adalah kesalahan sendiri (pemilik kenderaan). Semuanya atas kesilapan pemilik kenderaan tidak menjelaskan hutang bank menyebabkan bayaran kenderaan tertunggak hingga beberapa bulan. Atas dasar itu,…










