JAKARTA, Indonesia – Penantian 16 tahun skuad taekwondo negara untuk menjelmakan pingat pada Sukan Asia akhirnya terlerai selepas atlet negara, Yap Khim Wen berjaya meraih pingat gangsa acara poomsae wanita di Pusat Konvensyen Jakarta semalam. Ratu poomsae negara tersebut mempamerkan aksi cemerlang seawal pusingan pertama apabila berjaya menundukkan wakil Qatar dan China sebelum mara ke pentas separuh akhir. Bagaimanapun, impiannya untuk ke pentas final tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil…