Pemuda warga Indonesia cium mulut, dahi kanak-kanak dijel 8 bulan - Utusan Malaysia

Pemuda warga Indonesia cium mulut, dahi kanak-kanak dijel 8 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tindakan luar batas seorang pemuda warga Indonesia mencium dahi dan mulut seorang kanak-kanak perempuan berbalas apabila dia dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini tadi.

Zulham Syahputra, 26, diajtuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan tersebut ke atas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tersebut pada 19 Jun lalu.

Hakim, Yong Zarida Sazali memerintahkan, tertuduh yang juga merupakan pekerja sebuah kedai makan menjalani hukuman penjara tersebut bermula tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lalu.

Mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian kira-kira pukul 7.27 petang, tertuduh telah mencium dahi dan mulut mangsa bagi tujuan seksual di dalam tandas restoran tempat kerjanya dekat Shah Alam, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN