TAPAH – Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini mengingatkan anggota Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) agar berhati-hati dalam mengulas sebarang isu agar tidak bertentangan dengan kepimpinan kerajaan. Beliau juga berkata, sebaiknya Exco mengemukakan pandangan mereka pada mesyuarat dan bukan secara terbuka kepada media khususnya berhubung isu sensitif seperti pemilikan tanah 999 tahun untuk kampung baharu. “Saya rasa disiplin sebagai Exco perlu dibaiki dan masing-masing perlu faham bila masanya…










