KUALA LUMPUR 16 Ogos – Seorang pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya dengan memukul muka mangsa, Jun lalu. Mohd. Hafiy Ahmad, 31, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mahyudin Mohamad Som atas pertuduhan didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Nurul Hasyimah Ishak, 27, menggunakan tangannya di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 8.30 malam, 20 Jun lalu. Bapa tiga anak itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya