GUA MUSANG – Seorang wanita maut manakala adik lelakinya cedera apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi, Proton Persona yang dipandu mangsa, Nur Syazwani Mohd. Hanapi, 26, dari arah Kuala Krai ke Gua Musang gagal memotong sebuah treler lalu merempuh bas tersebut dari arah bertentangan. Ketua Polis Daerah…