Pemandu lori tersepit diri sendiri - Utusan Malaysia

Pemandu lori tersepit diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Seorang pemandu lori cemas selepas lorinya bergerak sendiri hingga menyebabkan dia tersepit ke dinding kawasan parkir kereta di Kondominium Perdana View,Damansara Perdana, dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Ramli Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa turun dari lorinya.

“Mangsa turun untuk memeriksa kawasan parkir dan tanpa disedari, lori berkenaan menggelungsur walaupun dia sudah menarik brek tangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jenterta dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamat mangsa yang sedang tersepit,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa tidak mengalami kecederaan luaran dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×