SIBU 21 Ogos – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang penjawat awam wanita di sebuah bilik sewa di Jalan Tiong Hua di sini pada awal bulan ini. Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Philip Uja, 42. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 2 Oktober hadapan sementara menunggu laporan penuh bedah siasat…










