ARAU 2 Ogos – Di hadapan pintu Istana Arau pada malam 27 Julai lalu kelihatan kelibat Aladdin iaitu watak pemuda yang terkenal dalam kisah Hikayat 1,001 Malam berlegar-legar di kawasan tersebut. Ternyata kelibat Aladdin itu menarik perhatian rakyat di negeri ini yang memenuhi kawasan berkenaan dan melihat bagaimana pemuda tersebut sedang mencari jalan memasuki istana bagi berjumpa dengan puteri raja. Selepas melalui pelbagai rintangan, Aladdin akhirnya berjaya memasuki istana tersebut dan merealisasikan hasratnya itu. Kemunculan Aladdin yang dilakonkan oleh artis terkenal, Fendy Bakry itu adalah merupakan antara gimik persembahan pembukaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya