JOHOR BAHRU 28 Ogos – Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuat kuasa 1 September ini dijangka tidak akan menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming. Kian Ming berkata, ini kerana kerajaan baharu akan memastikan SST dilaksanakan secara telus berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST). “Jika dilihat pada pelaksanaan cukai terdahulu, walaupun dikatakan ia membenarkan syarikat menuntut semula…










