SEGAMAT 28 Ogos – Kerajaan negeri mengingatkan peniaga di negeri ini agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati menjelang perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September ini. Justeru Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr. S. Ramakrishnan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melakukan pemantauan bulan depan. “Walaupun banyak harga barang tidak turun selepas pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan…










