Pelajar maut digilis van sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar maut digilis van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Sepasang suami isteri terkilan dengan kecuaian seorang pemandu van sekolah sehingga meng­akibatkan me­reka kehilangan anak ketiga dalam kemala­ngan tragis yang berlaku berhampiran rumah mereka di Taman Perumahan Green View Park, Bukit Serdang pada Selasa lalu.

Lebih memilukan, dalam kejadian pukul 6.20 petang, Aazad Ammar Mohd. Azrai pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jalil itu maut akibat jantungnya pecah susulan digilis van sekolah yang dinaikinya.

Bapa mangsa, Mohd. Azrai Abd. Rahman, 40, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta di pekarangan rumahnya sebelum dikejutkan dengan jeritan pengawal keselamatan perumahan berkenaan yang mengatakan ada kemala­ngan.

Katanya, dia yang bergegas untuk melihat kejadian tergamam sebaik melihat anak ketiga daripada empat beradik itu terbaring di tengah jalan raya berhampiran rumahnya dalam keadaan berlumuran darah.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN