KOTA BHARU 15 Ogos – Mana-mana syarikat yang berminat membuat pelaburan di negeri ini seperti membuka kilang baharu disyaratkan supaya membantu Kerajaan Pas Kelantan mewujudkan industri hiliran di kawasan sama. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kewujudan industri hiliran secara tidak langsung menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus melonjakkan pembangunan sosiekonomi rakyat di kawasan tersebut. Syarat itu katanya, merupakan sebahagian daripada tiga program utama yang disusun secara bersepadu sempena genap 100 hari Pas membentuk kerajaan di Kelantan. “Tiga program utama yang kita susun ialah menambah peluang pekerjaan untuk rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya