DUNGUN – Seorang pekerja lombong bijih besi maut selepas tangan kirinya terputus akibat tersepit pada besi pedati ketika sedang mengendalikan sebuah konveyor di Bukit Besi dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa, M. Ganesh, 54, yang putus tangan hingga paras bahu itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bukit Besi dekat sini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan…