TAPAH – Seorang pekerja hotel didenda RM15,000 atau penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bomba Oktober lalu. Tertuduh, Alliff Al-Hafiz Ahmad, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah menggunakan sebagai tulen dokumen iaitu resit rasmi kerajaan Malaysia dan pelekat Jabatan Bomba…










