Op Mahir: 21 warga asing bekerja di premis buat tudung ditahan - Utusan Malaysia

Op Mahir: 21 warga asing bekerja di premis buat tudung ditahan

Tinggal lebih masa
KHAIRRUL Aminus Kamaruddin- UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Seramai 21 warga asing ditahan dalam serbuan  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah premis membuat pakaian di Taman Cempaka, Ampang semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, dalam penguatkuasaan Op Mahir itu, seramai 31 orang telah diperiksa hasil tujuh hari risikan dan pemantauan dilakukan.

“Ketika serbuan, semua pekerja asing terbabit sedang melakukan kerja memotong kain serta menyiapkan tempahan tudung dan pakaian. Ada yang cuba melarikan diri serta bersembunyi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua 21 individu itu melibatkan warganegara Pakistan, Indonesia dan Bangladesh yang berusia antara 17 hingga 50 tahun dan mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

Menurutnya, semua mereka bekerja di premis berkenaan kurang daripada tiga tahun dan diuruskan ejen yang menjanjikan pekerjaan sebelum masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mereka memiliki pasport namun dokumen tersebut disimpan ejen. Mereka juga tinggal di premis sama yang disediakan majikan tempatan. Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Semenyih untuk proses reman dan siasatan lanjut,”jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN