TEMERLOH 13 Ogos – Golongan pekebun kecil semakin resah dengan kejatuhan harga getah sejak sebulan lalu yang menyebabkan pendapatan mereka terjejas dan berharap kerajaan menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) memainkan peranan bagi menstabilkan harga komoditi itu. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) negeri, Ahmad Awang berkata, trend kejatuhan harga getah sehingga RM1.80 sekilogram menyaksikan para penoreh hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan berdasarkan keluasan kebun dan jumlah itu…










