Peka hantar misi kemanusiaan ke Lombok - Utusan Malaysia

Peka hantar misi kemanusiaan ke Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 8 Ogos – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) akan menghantar sukarelawan untuk misi kemanusiaan kepada mangsa bencana alam berikutan gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia baru-baru ini.

Peka hantar misi kemanusiaan ke Lombok
Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, sukarelawan itu akan menghulurkan bantuan terhadap mangsa terlibat termasuk rakyat Malaysia yang berada di Lombok.

Beliau berkata, misi kemanusiaan berkenaan bertujuan memberikan sokongan moral selain bantuan barangan keperluan dan kewangan bagi meringankan beban mangsa.

“Antara barangan yang akan disalurkan kepada mangsa bencana itu seperti beras, biskut, gula, minuman dan keperluan barangan dapur.

“Selain itu, Peka turut menyerahkan selimut, ubat-ubatan, lampin pakai buang, tuala wanita dan barangan kebersihan,” katanya di sini hari ini.

Zuhairi berkata, sebelum membuat penghantaran ke lokasi, Peka akan menyemak dengan Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan senarai barangan keperluan yang diperlukan.

“Berdasarkan senarai yang ada, kita akan buat pengasingan dan dimuatkan ke dalam kenderaan sebelum diagihkan kepada mangsa,” katanya

Beliau dalam pada itu menyeru umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat untuk penduduk di Lombok supaya keadaan kembali seperti biasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN