BANGI – Pejabat Cub Prix Malaysia di kawasan Perusahaan Bandar Baru Bangi di sini kerugian kira-kira RM370,000 apabila premis berkenaan dipecah masuk pagi tadi. Kejadian pukul 10.45 pagi itu disedari oleh seorang kakitangan pejabat berkenaan yang baru sahaja ingin memulakan kerja. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, sejurus masuk ke pejabat berkenaan untuk memulakan kerja, pekerja lelaki berusia 37 tahun itu terkejut apabila melihat keadaan…










