Peguam Negara akui guna khidmat peguam firma lama - Utusan Malaysia

Peguam Negara akui guna khidmat peguam firma lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Ogos – Kerajaan menggunakan khidmat peguam terkenal, Sitpah Selvaratnam untuk mengendalikan kes kapal mewah Equanimity kerana beliau berpengalaman luas dalam undang-undang admiralti atau perkapalan.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, Selvaratnam yang pernah berkhidmat sebagai perunding di firma lama beliau merupakan peguam admiralti yang berpengalaman selama 25 tahun berhubung perkara-perkara litigasi dan terbabit dalam pelbagai kes penahanan kapal di negara ini.

Beliau berkata, Selvaratnam juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Admiralti dan Perkapalan dalam Majlis Peguam selama beberapa tahun selain Presiden Persatuan Undang-undang Maritim Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau adalah pilihan tepat untuk menjadi penasihat kepada jabatan ini dan saya berhubung isu kapal layar Equanimity selepas saya dimaklumkan mengenai kapal tersebut akan diserahkan oleh Indonesia kepada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Sekretariat Peguam Muda, Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan kerajaan melantik peguam dari firma guaman Peguam Negara untuk memfailkan tuntutan ke atas rampasan kapal mewah Equanimity. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×