DUNGUN – Kegembiraan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersukan bersama rakan-rakannya bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Badminton TNB, Jalan Nibong di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Mazlan Embong, 57, yang juga merupakan Ketua Teknikal Bahagian Pembahagian TNB Dungun dikatakan rebah selepas 15 minit berada di dalam gelanggang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa sedang bermain…










