SAUDARA PENGARANG, SAYA amat terkejut apabila membaca anjuran forum mahu mengubah sejarah dan mengiktiraf komunis di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor baru-baru ini. Berselindung di sebalik anak-anak muda Melayu yang buta sejarah dan tidak pernah merasai keperitan peperangan, forum itu cuba mengembalikan ideologi komunis atas dasar hak asasi dan kebebasan bersuara. Apa kelayakan orang-orang ini untuk diangkat sebagai panel membincangkan soal sejarah? Biasanya pakar sejarah orang tua dan berpengalaman,…










