Pasar Kedai Payang atau lebih dikenali sebagai Pasar Payang merupakan salah satu ikon tarikan pelancong di negeri Terengganu. Lokasi ini sangat strategik kerana ia terletak di tengah bandar Kuala Terengganu dan di tebing Sungai Terengganu sekali gus menjadikan Pasar Payang ini sentiasa sibuk dan meriah sejak dahulu hingga kini. Nama Pasar Payang ini diambil sempena nama perahu payang yang sering digunakan oleh nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri Batu…










