Pasangan warga emas dijumpai meninggal dunia di dalam rumah - Utusan Malaysia

Pasangan warga emas dijumpai meninggal dunia di dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di rumah mereka di Jalan Kenari, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang dekat Mersing malam tadi. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mayat A Wahab Yusof, 72, dan Nilam Ibrahim, 70, dijumpai kira-kira pukul 11.50 malam tadi oleh anggota Balai Polis Sungai Ambat, Mersing yang memecah masuk rumah tersebut.                “Terdahulu, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam, kira-kira pukul 11.05 malam tadi memaklumkan terdapat bau busuk yang kuat dari dalam rumah pasangan terbabit. “Polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 11.50 malam, kemudian bertindak memecah masuk rumah tersebut lalu menemukan mayat pasangan itu yang berpakaian lengkap dalam keadaan membusuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.                         Beliau berkata, mayat Nilam berada di atas katil manakala mayat A Wahab yang mula reput dan berair pula terbaring di atas lantai bersebelahan katil tersebut. Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian pasangan itu namun siasatan lanjut sedang dijalankan. Mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kematian itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama  

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN