KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan membina terminal feri baharu di sebelah Terminal Feri Kuala Kedah bagi keselesaan penumpang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, projek pembinaan terminal feri baharu itu akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk disiapkan. “Kita masih kekalkannya (terminal baharu) di lokasi sedia ada tetapi kita akan pastikan lokasi terminal feri yang akan dibina itu tidak akan berlaku mendapan…










