Parlimen: Kerajaan Pusat bayar Kedah RM10 juta setahun - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan Pusat bayar Kedah RM10 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan bayaran sumbangan khas kepada kerajaan negeri Kedah berjumlah RM10 juta setahun mulai tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia merupakan suatu ‘unilateral undertaking’ oleh pihak kerajaan Persekutuan. 

“Jemaah Menteri pada 4 Julai lalu telah bersetuju bahawa kerajaan Persekutuan memperuntukkan bayaran sumbangan khas kepada kerajaan negeri Kedah. 

“Kadar sumbangan ini akan disemak semula 10 tahun sekali atau dalam jangka masa yang difikirkan sesuai. Pada masa sama, Pemberian khas RM10,000 kepada Kedah akan diteruskan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PH-Jerlun) yang mahu mengetahui sama ada kerajaan Pusat bersetuju untuk mengkaji nilai pajakan tanah Pulau Pinang yang dilihat sudah tidak sesuai dengan nilai hartanah semasa atau mahu memberi pampasan kepada negeri Kedah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN