Parlimen: Kementerian Pertahanan usaha perkuat pertahanan negara - Utusan Malaysia

Parlimen: Kementerian Pertahanan usaha perkuat pertahanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan berusaha memperkukuh pertahanan negara dengan aset canggih termasuk membincangkan mengenai perolehan pesawat terbang tanpa pemandu (UAV) dan maritime surveillance aircraft (MSA) dalam mengawal keselamatan negara.

Menteri berkenaan, Mohamad Sabu berkata, aset pertahanan Malaysia pada masa ini agak terkebelakang berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Indonesia.

Pada era 70-an, katanya, Malaysia antara negara di kedudukan teratas.

“Tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia kembali hebat (dari segi pertahanan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) mengenai masalah perolehan aset ketenteraan berikutan peruntukan terhad Kementerian Pertahanan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN