Pantau kesihatan murid di sekolah sebagai langkah bendung HFMD - Utusan Malaysia

Pantau kesihatan murid di sekolah sebagai langkah bendung HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan meminta guru sekolah memantau keadaan kesihatan murid sebagai langkah awal untuk mengesan kehadiran penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di sekolah masing-masing.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching  turut menasihati guru supaya menghantar murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah membendung penularan kes tersebut di sekolah.

“Rekod daripada Kementerian Kesihatan telah menunjukkan trend penurunan kes penyakit ini dalam kalangan murid setiap minggu dan berdasarkan laporan yang kita terima setakat ini, tiada lagi sekolah yang ditutup kerana penyakit HFMD ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga sarankan guru menjalankan aktiviti pembersihan di dalam kawasan kelas sebagai cara untuk menghindari jangkitan penyakit tersebut,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutupan  Persidangan Antarabangsa Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Penutur Bukan Jati anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×