SEBAGAI pelabur atau pedagang baharu, adalah lebih baik anda tidak tergesa-gesa memasuki pasaran walaupun telah menghadiri kelas atau seminar pembelajaran saham percuma mahupun berbayar. Ini disebabkan pelaburan dan perdagangan saham merupakan satu bentuk pelaburan yang berisiko jika tersilap dalam membeli saham-saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Terdapat beberapa jenis saham yang tersenarai di Bursa Malaysia yang terdiri daripada berbagai sektor dan harga. Pelaburan atau perdagangan di pasaran saham bukan skim…










