MUNICH 1 Ogos – Ketua Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata, sebarang isu berkaitan dengan Mesut Ozil tiada kena mengena dengan perkauman, dan mendakwa komen ejen bintang Arsenal itu tidak benar serta membangkitkan kemarahannya. Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan sejak Ozil mengumumkan pesaraan dari pentas bola sepak antarabangsa, awal bulan ini, selepas dia mengeluarkan kenyataan yang turut mengandungi kritikan yang dilemparkan selepas pemain itu bertemu dengan Presiden Turki, Recep Tayyip…










