Organ berfungsi dengan baik - Utusan Malaysia

Organ berfungsi dengan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tuah ternyata menyebelahi pe­nerima buah pinggang, Mazlan Ali, 40, selepas organ yang didermakan adiknya, Mohd. Azruldin, 32, terus dapat berfungsi secara normal selepas menempuh prosedur pembedahan pemindahan selama hampir lima jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Kosmo! difahamkan pembedahan pemindahan selama lima jam itu berjaya berdasarkan keadaan buah pinggang baharu yang dapat melawaskan air kencing secara serta-merta se­perti biasa.

Turut difahamkan kedua-dua adik-beradik itu kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Jagaan Rapi (ICU) HKL dalam tempoh beberapa hari lagi untuk rawatan lanjut bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Setakat pukul 7 petang semalam, mereka masih belum sedarkan diri berikutan kesan ubat bius yang diberikan semasa prosedur pembedahan.

Difahamkan, pembedahan me­ngeluarkan buah pinggang sebelah kiri Mohd. Azruldin selesai kira-kira pukul 3 petang manakala Mazlan selamat menjalani pembedahan pemindahan organ tersebut kira-kira pukul 6 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN