KUALA LUMPUR 14 Ogos – segelintir orang Melayu ketika ini yang tidak mempertahankan soal bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seolah-olah menunjukkan mereka sudah menolak asal-usul bangsa sendiri. Presiden Persatuan Patriot Malaysia, Jamalee Bashah berkata, perkara ini terjadi apabila orang Melayu tidak lagi mementingkan sejarah asal-usul Melayu dan tidak memahami mengapa hak keistimewaan Melayu diperjuangkan satu masa dahulu. “Melayu…










