Orang Asli Gua Musang serah memorandum mohon iktiraf, lindung tanah adat kepada Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Orang Asli Gua Musang serah memorandum mohon iktiraf, lindung tanah adat kepada Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 220 Orang Asli daripada 17 buah perkampungan di Gua Musang tiba dan berhimpun secara aman di Pejabat Perdana Menteri di sini untuk menghantar memorandum menuntut pengiktirafan dan perlindungan tanah dan wilayah adat Orang Asli.

Pengerusi Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simor, Nur Mohd. Syafiq Dendi Abdullah berkata, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu mahu diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai jalan akhir untuk mempertahankan hak masyarakat Orang Asli dk Gua Musang.

“Kami bertindak kerana pencerobohan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bukan sahaja mengakibatkan penggondolan hutan, pencemaran sungai dan sumber ubatan serta makanan Orang Asli malah mereka juga berani bertindak ala samseng dengan mengugut penduduk dengan senjata api. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami meminta kerajaan baharu mengambil tindakan isu pembalakan, kelulusan tender balak yang tidak terkawal dan mengakibatkan kerosakan alam sekitar,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

Sementara itu, Abu Bakar memaklumkan, Perdana Menteri sedia untuk bertemu dengan wakil kumpulan tersebut pada pukul 3.30 petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×