PUTRAJAYA 10 Ogos – Sebanyak 220 Orang Asli Gua Musang, Kelantan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengesa kerajaan memberikan perlindungan kepada tanah dan wilayah adat milik mereka. Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simor, Nur Mohd. Syafiq Dendi Abdullah kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di pekarangan Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Menurut Nur Mohd. Syafiq, memorandum…










