KUCHING – Operasi membasmi wabak rabies di Sarawak akan diperhebat dengan operasi penangkapan dan penghapusan anjing liar serta vaksinasi, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata satu operasi bersepadu menangkap, menghapus anjing berkeliaran termasuk yang berkolar berlesen dan tidak berlesen akan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Tabuan Jaya,…










