LAHAD DATU 28 Ogos – Sebanyak 11 individu ditahan polis dalam operasi di Kampung Lok Buani Tanjung Labian, Kampung Sinakut Felda Sahabat dan Kampung Ulu Taburi Tungku, di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kesemua individu yang berusia 19 hingga 52 tahun itu ditahan dalam Op Sarang Bersepadu atas kesalahan berkaitan dadah dan tiada dokumen pengenalan diri. “Daripada jumlah itu, empat individu…










