Nur Dhabitah, Yan Yee raih perak 3M papan anjal seirama - Utusan Malaysia

Nur Dhabitah, Yan Yee raih perak 3M papan anjal seirama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gandingan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee meraih pingat perak buat Malayia dalam acara 3 meter (3M) papan anjal seirama wanita pada Sukan Asia 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di sini malam ini. Pasangan yang memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu berjaya mengumpul 298.23 mata selepas menampilkan aksi cemerlang dalam enam terjunan. Pingat emas acara itu dimenangi pasangan jaguh China, Chang Yani-Shi Tingmao selepas mengumpul 335.70 dan gangsa menjadi milik gandingan Kim Kwang Hui-Kim Mi Hwa dari Korea Utara dengan 282.78 mata. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN