PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan bersetuju untuk menaikkan nilai ambang bagi semua kedai makan dan restoran di negara ini untuk dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada RM1.5 juta setahun. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, peningkatan itu adalah daripada RM500,000 yang ditetapkan semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini. Bagaimanapun, katanya, peningkatan nilai ambang itu adalah yang terakhir akan diberikan oleh kementerian. “Selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk permohonan daripada pengusaha restoran nasi kandar dan kedai kopi yang meminta nilai…










